Sunday 28 October 2012

maybe I should do a travelogue!

(42) Muhammad Aiman Azlan: ""Inilah pelajaran berharga yang saya pelajari di Turki. Soal komunikasi dan perhubungan, tidaklah bergantung sepenuhnya kepada persoalan bahasa. Hubungan dalam ukhuwah akan berjaya atau gagal, bukan pada sejauh mana kita menguasai bahasa semata, malah ia bergantung kepada kemahuan hati. Jika hati mahu berukhuwah, soal bahasa menjadi kecil. Sepuluh patah perkataan, sudah cukup untuk membutirkan mesra dan rasa bersaudara. Didiklah hati agar mahu bersaudara, bentuklah diri agar menjadi kawan, nescaya saudara akan bertambah, kawan akan datang berukhuwah. Jadilah kawan, tak perlu mencari-cari kawan.

...

Apa yang mengikat hati kami adalah rasa mahu berkongsi tujuan hidup. Hidup sebagai hamba, yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya. Sesungguhnya bersaudara kerana Allah memang indah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah."

[Petikan daripada buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, m/s 212-213]"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment