Sunday 28 October 2012

Fav part

(42) Muhammad Aiman Azlan: ""Apa yang berlaku kepada dirimu, tidaklah sepenting apa yang berlaku dalam dirimu.

Ujian yang datang, seperti tiupan angin yang tidak boleh ditentu. Namun, bagaimanakah kita menyambut ujian itu, bagaimanakah kita menafsirkannya, adalah layar perahu yang kita kawal. Arah angin tidak boleh ditentu, namun layar perahu boleh dipandu. Mahu menyambut realiti kehidupan secara positif atau negatif, anda pilih sendiri.

Mukmin menafsirkan kesusahan dan kesenangan, kedua-duanya adalah pelajaran daripada Allah.

Tafsirkanlah setiap liku hidup ini sebagai bahasa Tuhan mengajar insan.

'Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) sebagai ujian untuk menzahirkan siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).' (al-Mulk: 2)"

[Petikan daripada buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, m/s 205 - 206]"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment