Thursday 15 November 2012

1434H fasa berubah!

Dahulu….
Hijrah adalah satu perkara yang amat sukar. Berpindah ke dunia yang asing, yang  tidak mereka ketahui apakah yang bakal mereka temui di dunia baru itu.

Di waktu itu, Rasulullah bersama 300 lebih sahabatnya mengorak langkah, menuju Madinah, demi satu tujuan semata: menyelamatkan aqidah dan dakwah mereka.
Dari episod ini kita belajar sesuatu yang luar biasa sekali.

Hijrah kerana ALlah, akan mendapat ALlah.
Hirah kerana wanita, akan mendapat wanita.


Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin

Rasulullah sendiri menunjukkan , sebuah hijrah itu, bukanlah sekadar ucapan.
Namun perbuatan.

Hijrah itu adlaah tindakan. Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Berjaulah.Bermusafir. Bersusah payah menempuh perjalanan yang sukar.

Itulah hijrah.
Ianya buat.
Bukan cakap.

Bukan tulis atas papan putih atau kertas warna warni untuk kita tenung dan lihat.
Tetapi satu keazaman yang akhirnya mendatangkan tindakan.

Itulah tindakan perubahan.

Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Pada detik berharga hijrah pertama itu jugalah, umat Islam terawal itu melalui fasa baru dalam kehidupan mereka. Fasa perubahan . Fasa mereka harus berbuat sesuatu untuk menyelamatkan aqidah mereka.

Kamu rasa orang Makkah pernah ke keluar pindah negara lain?
Kamu rasa orang Makkah senang ke nak tinggalkan semua harta untuk pergi tempat yang dia tak tahu dan kenal pun?

Dan sebab itulah, apabila dikatakan hijrah, ia bukan satu kata-kata falsafah tahun baru yang asyik diulang-ulang saban tahun. Keazaman yang diperbarui di lidah tapi tak pernah tertahkik/ terpraktik pada amal. Bunga-bunga kata yang indah tapi kosong pada makna.

Kerana hijrah itu adalah satu lonjakan keimanan. Lonjakan untuk selamatkan iman dan hidayah yang Allah kurniakan. Lantaran itulah hijrah itu harus dilaksanakan.

Jika sepanjang tahun 1433 kita rasa futur, kita rasa tak perform, kita rasa banyak buat maksiat, semua benda haywire, maka 1434 adalah fasa untuk kita berubah.

Berhijrah hati dan fizikal.


Bukan berpindah sikap sahaja. Mungkin perlu berpindah negara, berpindah kerjaya,berpindah universiti, berpindah rumah.  Ya, kalau kondisi sebelum ini menurunkan iman dan menggoyahkan taqwa kita maka kita perlu berhijrah! Mungkin selama-lamanya . mungkin sebentar cuma.
Seperti mana yang Rasulullah tunjukkan. 10 tahun sahaja di Madinah membina empayar, membina kekuatan dan membina pembaharuan. Di saat iman sudah kental dan Islam sudah kebal, barulah kembalinya dia pada bumi asal.

Mungkin itulah yang harus kita lakukan. BErpindah sebentara dari tempat asal kita. Berhijrah untuk setahun dua, agar kembalinya kita dalam nafas segar, dan iman penuh kuat di dada. Agar di saat itu, kita boleh merubah keadaan di tempat asal kita.

Mungkin kita down di rumah kita sendiri, mahupun di uni, mahupun di tempat kerja. ataupun di kawasan dakwah kita, kita rasa down sebab suasana dakwah yang begitu merudum sekali.

Then what should we do?

Tidak dapat tidak, kita harus berhijrah. Bukan untuk selama-lamanya. Mungkin sehari dua. Mungkin sebulan dua. Mungkin bertahun2. Hanya supaya aqidah dan iman kita selamat. Supaya di saat kita kembali, kita dapaat lebih berkarya penuh makna.

Ini kerana hijrah itu membuka ufuk baru dan memberi cahaya kepada penglihatan hati dan perasaan.
Lihatlah kepada Nabi S.A.W. Sebuah kerajaan terbentuk selepas hijrah. Peluang -peluang dakwah baru lebih menggiurkan setelah hijrah. Kekayaan dan kekuasaan menjadi milik Islam setelah hijrah.
Begitu juga kita melihat ramai graduan kita yang belajar di luar negara menjadi lebih matang dan terbuka dengan Islam apabila berada di luar negara berbanding malaysia.

Dan kita melihat apabila jauhnya perjalanan seseorang itu, perspektifnya menjadi berbeza dan pandanganya penuh hikmah dan kematangan.

KErana hijrah, pasti membawa perubahan kepada diri dan cara pandang kita.

Hijrah itu, bukan pada slogan indah.
Ianya pada sebuah tindakan.

We have to progress and move from one stage to another. Kita perlu sentisa lebih baik dari satu keadaan dan keadaan yang lain.

Jangan berada di tempat statik anda.
Kerana hijrah itu, sudah menjadi satu keperluan.

Salam Maal Hijrah 1434. Moga membawa kebaikan yang lebih banyak pada tahun ini!
Ukhtikum
muharikah

No comments:

Post a Comment