Wednesday 14 November 2012

syukur dan sabar

Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau.  Ketahuilah bahwa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.
Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :
(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah
(b) tidak memuji Allah Taala atas kemurahan-Nya, apabila dikurniakankan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.
(c) mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah
(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara yang tidak bermanfaat.

 sabar itu merupakan sebahagian daripada iman dan Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-hambanya melainkan dengan sesuatu yang mampu untuk dipikulnya.

“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata supaya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan supaya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak berasa bersyukur.


Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.”
Surah Saba’ (34:13)


Perkara pertama yang disebut dalam hadis tersebut adalah tentang kesabaran. Sememangnya kadangkala sukar bagi kita untuk bersabar tambahan pula apabila terkena musibah yang tidak disangka-sangka seperti dimarahi rakan, gagal mendapat muaddal yang dikehendaki dan kehilangan orang yang tersayang. Nauzubillah. Namun kita seharusnya sentiasa mengingatkan diri bahawa sabar itu merupakan sebahagian daripada iman dan


Selain itu Rasulullah SAW juga menyebut tentang syukur dan nikmat yang datang daripada Allah. Sebenarnya, mana yang lebih susah? Bersyukur ataupun bersabar. Jika kita lihat dengan sekali imbas pastinya ramai yang berkata bersabar. Namun betulkah bahawa bersabar itu jauh lebih sukar daripada bersyukur? Mari kita sama-sama menghayati kisah ini. Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Musa AS.

Pada suatu hari, datang seorang miskin kepada Nabi Musa AS. Dia meminta supaya Nabi Musa memohon kepada Allah agar dijadikan dirinya seorang yang kaya. Nabi Allah itu lantas memintanya bersyukur. Si miskin itu menjawab,
“Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku pakai pun hanyalah sepasang sahaja.“.Dia pun berlalu pergi.

Kemudian datang pula seorang kaya kepada Nabi Musa. Sebaliknya pula, dia meminta untuk menjadi seorang yang miskin kerana berasa terganggu dengan kekayaannya itu. Nabi Musa memintanya supaya tidak bersyukur kepada Allah. Lantas dia menjawab.
“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata supaya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan supaya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak berasa bersyukur.”Si kaya itu pulang ke rumah.

Dengan izin Allah lelaki yang kaya itu bertambah kaya dan yang miskin bertambah kemiskinannya. Kisah ini menunjukkan betapa sukarnya untuk seseorang itu bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Allah berfirman  yang bermaksud:
“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.”
Surah Saba’ (34:13)

Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi (nikmatKu) kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Surah Ibrahim (14:7)
Cara untuk kita bersyukur bukanlah sekadar mengucapkan Alhamdulillah tetapi ianya lebih daripada itu. Nikmat yang diperoleh hendaklah digunakan pada cara dan jalan yang betul seperti beribadah, mengamalkan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Ujian datang kepada kita silih berganti namun nikmat yang Allah kurniaakan sentiasa diperoleh. Sebagai contoh, nikmat oksigen yang amat kita perlukan untuk meneruskan kehidupan. Setiap saat kita menghirup oksigen, namun setiap sata jugakah kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah?

bersyukur itu sememangnya lebih sukar berbanding bersabar yang hanya melibatkan perasaan dan bukannya kerja atau tanggungjawab. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu iaitu golongan yang bersyukur. Sesungguhnya segala nikmat yang diperoleh datangnya daripada Allah dan tidak seharusnya kita kufur akan nikmat tersebut.

 
perempuan seringkali dikaitkan dengan sikap yang suka bercakap. Namun semua itu haruslah dielakkan. 

Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )
 Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki diri dan bergerak ke arah menjadi seorang muslimah  yang lebih baik dan diredhai Allah. InsyaAllah. =)


sumber : http://www.permaijordan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=98:a-moment-with-iman&catid=56:program&Itemid=88&fontstyle=f-smaller

No comments:

Post a Comment