Wednesday 14 November 2012

rasa hati transisi akhowat

dalam kesibukan kita menyesuaikan diri dengan transition dalam hidup, ie berkahwin, mempunyai anak, kerjaya, rumah baru, kereta baru, kadang kita jadi 'drained' dengan perjalanan tarbiyah dan dakwah kita. kita jadi 'drained' dengan rasa pada tarbiyah dan dakwah ini. apatah lagi apabila kita diberi mas'uliyah dan kumpulan-kumpulan adik-adik yang dahagakan tarbiyah. mereka-mereka ini meminta hak-hak daripada kita. walaupun mungkin mereka tidaklah mengungkapkannya, tetapi kita merasai perasaan bersalah apabila tidak mentarbiyah mereka sepertimana kita ditarbiyah suatu ketika dahulu. namun kita kurang masa, tenaga dan kadang-kadang wang ringgit untuk diberikan...

sukar kan??

masa kita sudah tidak seperti dulu, sewaktu kita masih bergelar pelajar. waktu itu, tarbiyah dan dakwahlah segalanya. hinggakan kita ketepikan segalanya asalkan dapat 'menyibuk' di program-program yang kadang kalanya tidak memerlukan kita di situ..

tapi kini...

tugas sebagai isteri memanggil kita...
anak-anak murid di sekolah meminta perhatian kita...
baby dalam perut turut sama berpusing-pusing entah berapa darjah menyebabkan langkah kita sedikit lambat, tercungap-cungap dan kelelahan..

kita sudah kurang berlari... di atas trek ini.. itu rasa aku...

kemudiannya pentarbiyahan kita mula mengendur...
daurah-daurah dan katibah-katibah sudah tidak kerap seperti dulu,
dek kekangan-kekangan daripada manusia sekeliling..
kita mula rindu akan zaman-zaman dulu,
sewaktu kita jadi adik
dan kakak sangat baik memikirkan segala perkara untuk kita
mahukan kita lahir jadi daie sebenar
fikrahnya mantap, ibadahnya sahih, etc


hurm...

agaknya kita yang tidak sehebat kakak kan?
kenapa apabila kita pada tahap mereka dari sudut dunia (berkahwin, mpyai anak, kerjaya etc)
kerja dakwah kita tidak setanding mereka...

lemahnya kita kan?

aku leww tu...

aku mahu lakukan sesuatu........
tapi apa dia???


jom jadi macam dulu!!
walaupun suasana memang takkan sama macam dulu..!


mari melangkah! 
ummi abdullah..huhu 


http://qumfaanzir.blogspot.ca/2012/10/nak-jadi-macam-dulu-dulu.html

No comments:

Post a Comment