Tuesday 23 October 2012

cara pandang

pandang masalah kita sebagai satu cabaran untuk mencabar kelemahan diri sendiri. Keluar dari ketakutan yang sudah menjadi keselesaan diri, minda kita dan memulakan hidup baru dari satu titik permulaan yang keliru.

p/s: the best way out is to walk through it

source: satu fikir


Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku 100% hanyalah kepada Allah. Annyong.!

http://farahinlee.blogspot.ca/2012/10/kebergantunganku.html

 

No comments:

Post a Comment