Wednesday 17 August 2011

Dulu terpilih .. kini tersisih

Ini cerita tentang seorang manusia.
Manusia yang dahulunya rasa terpilih.
Kini dia rasa tersisih.

Dulu-dulu.
Di sebuah tempat bernama Waqafan. 

'Sekarang, kamu semua hidup dalam kawasan tarbiyyah. Manusia yang kamu jumpa semuanya sama. Sama-sama berlumba mencari redha Dia. Di sini, kamu adalah manusia yang menutup aurat, solat berjemaah, berpuasa sunat, membuat Dhuha dan TahajudAl-Ma'thuratpun terjaga.'

Dalam hati kembangnya usah dicerita.Kembang kerana seperti ada tangan Allah yang membelai sayang dengan perhatian dan kasihan. Terasa dekat benar dengan rahmat-Nya. Rasa bersyukur dalam jutaan manusia, dirinya yang dipilih Tuhan untuk merasai nikmat hidup dalam kelompok manusia-manusia yang menangis kerana takutkan-Nya.

Dia ingin selalu begini. Dia ingin selalu rasa disayangi.

'Tapi, setelah kamu keluar daripada tempat ini. Keadaan akan jadi sukar. Percayalah, ketika itu kamu akan teruji sama ada mahu terus kekal istiqomah begini atau kamu akan berubah menjadi manusia lain yang kamu sendiri tak terjangka kamu adalah orangnya. Ketika itu, hanya iman akan menyelamatkan kamu.'

Dalam hatinya terus berkata.

'Takkanlah aku mahu berubah. Aku benar-benar sudah jatuh cinta pada kehidupan mencari akhirat. Mencabar sangatkah dunia luar. Baik, aku akan buktikan. Apa yang aku ada sekarang ini, itulah yang akan aku bawa apabila aku keluar daripada tempat ini.'



Tetapi.
Bercakap memang mudah.
Berjanji juga mudah.
Mahu membuktikan?
Payah,payah.

Setahun.
Dua tahun.
Tiga tahun.
Segalanya berubah. 

Kamu ingat lagi tak? Dulu kamu tu kakak Usrah. Yang duduk dalam halaqoh beri tazkirah. Pesan kepada adik-adik jangan bercinta sebelum bernikah. Kamu keluarkan segala mafhumdan firman Tuhan. Kamu cela orang-orang di luar yang bercinta bepeleseran. Kamu anti pergaulan bebas lelaki perempuan. Kamu laungkan benci pesta dan kemaksiatan.

Kini? Ah,Tak apa.Agaknya kamu terlupa.

Kamu ingat lagi tak? Dulu kamu antara yang cantik. Paling manis dengan busana Muslimah.Kamu selalu buat perempuan lain cemburu dengan gaya menenangkan hati kamu yang memukau banyak mata saudara mara. Yang membuat mata lelaki jadi malu lantas tunduk tatkala bertembung dengan kamu di jalanan.

Kini? Ah, tak apa. Agaknya kamu terlupa.

Kamu ingat lagi tak? Dulu kamu selalu membaca Al Quran. Tak kira masa.Tak kira tempat. Kadang-kadang kamu baca sebelum mula kelas prep. Kadang-kadang kamu baca tengah malam sebelum tidur. Sampaikan kerap sangat dibaca, kau jadi terhafal dengan sendirinya.

Kini? Ah, tak apa. Agaknya kamu terlupa.

Kamu ingat lagi tak? Dulu kamu selalu bangun malam. Hidup kamu akan sunyi kalau tak bermunajat pada Dia. Kamu selalu tercari-cari mana tasbih. Mana sejadah. Kamu selalu menangis teringatkan dosa. Kamu selalu kejut kawan untuk sama-sama beribadah.

Kini? Ah, tak apa. Agaknya kamu terlupa. 

Banyak sangat yang kamu terlupa.
Sebab banyak sangat kamu cintakan dunia.
Bukan dosa mencurah cinta.
Tetapi terlebih curah.
Kamu sendiri yang ternoda. 
Sekadar bermonolog. Rintihan seorang manusia yang rasa tersisih dan tidak lagi terpilih.
Bukankah Ramadhan bulan pengampunan?
Masihkah diri ini pilihan Tuhan? 
Capai diari. Tulis di sini. 

Aku harus berubah. Bukan esok. Bukan lusa. Tetapi hari ini. Sekarang. Aku merindui diriku yang lama. Atau lebih tepat. Hatiku yang dulu. Bukan hatiku yang kini.



Selamat tinggal jahiliyyah. 




Pembaca yang disayangi,
Saya dalam perjalanan membaiki diri.
Tolong doakan saya agar saya dapat memberikan sesuatu kepada Islam.

Terima kasih sangat-sangat.
Semoga Allah merahmati kamu.
Ameen. 

P/S:Allah tak pernah menyisihkan. Susah atau senang. Jatuh atau bangun. Allah tak pernah tinggalkan. Tetapi, manusia inilah yang menyisihkan diri daripada-Nya.


Wassalamualaikum w.b.t.


Sedutan dari sini

No comments:

Post a Comment