Friday, 12 October 2012

limit of sharing

The more u write the more u can write.. vice versa. Well, for me... I didn't intend to stop blogging. It's simply the time constraint that I was facing as a new teacher..pregnant some more..huhu..and how to set the limit on what to share and what not to share. Being a married person, of course it is not appropriate to share so many things about my married life.. Right? So I was always struggling, trying to decide on the best way to publicly write... To share and to educate but not to reveal too much. Because at times it is soo tempting to share everything. And then comes the nawaitu part... What is my purpose of writing. One thing for sure, I want to inspire people and I need to remind people about agama stuff.. My life was quite messy this year... And I didn't find it inspiring at all. And when me myself was in that horrible condition, I found myself inadequate to write reminders here. 

http://anis-girl.blogspot.ca/2012/10/writing-again.html

Life checklist

1. Solat sunat, Quran, sedekah, berkata baik atau diam, bersangka baik.
2.Do things to please hubby, mama, papa, kakak, kakchik, abang, in order to please Allah.
3. Contact friends & sisters secara berkala.
4. Jaga perbelanjaan.
5. Ensure semua benda always in place.
6. Hidup bersistem - plan and carry out the plans.
7. Meet more people, spread dakwah. Jangan malas.
8. Read a lot! Minimum : 2 books a month.
9. Healthy eating please!
10. Fasobrun jamil. Jangan cepat reactive and defensive.
Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.
Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.
Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.


soul as dai'e switched on!

khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

http://www.islamituindah.my/lalai-solat-kerana-pengaruh-dunia

Wednesday, 10 October 2012

The purpose of life : a simple truth

The layers of paint beautifying the canvas arise, ultimately from our inner connection with the Almighty. We trust that whatever the situation may be, God will pull us through, for He is all-knowing, all-wise. Reflecting upon God's different attributes, His infinite Grace, Mercy and Majesty, contemplating over His Justice and Power and driven by a Love for Him, we nurture this sacred, irreplaceable bond.

If life is a painting, then as muslims, our purpose to create a masterpiece, each brushstroke a reflection of the truths of islam and the spirit in which the Prophet Muhammad peace be upon him lived his life.

Tuesday, 9 October 2012

knowledge and wisdom



"Knowledge can be called wisdom, when we start using it and benefiting from it. It takes action to transform knowledge into wisdom"
- Ernie J. Zelinski -

Monday, 14 May 2012

rasa bahagia itu

dan
rasa bahagia itu,
bukan kerana kita, 

tapi dari ALLAH.

dan kita tak akan mampu memberikan segala-galanya.

yang Memberi itu ALLAH.
kita hanya medium pengantara.

bila masanya tiba,
maka jangan takut.
jangan membiar kerisauan tentang kebahagiaan, kesempurnaan dan masa hadapan,

mengaburkan dan memudarkan hasrat kamu.


bahagia, rezeki, masa hadapan,
itu semua milik ALLAH.

maka, bila sedia dan percaya,

selamat melangkah ke arah itu.
 
sumber : penyejuk mata

Monday, 23 January 2012

Dia ada suami soleh, saya ada teman solehah

Kisah ini saya kongsikan bukan untuk menunjuk-nunjuk betapa baiknya diri saya. Anda yang mengenali diri saya di luar lebih tahu saya ini manusia yang bagaimana.
Cuma.
Kisah ini buat saya terfikir betapa pentingnya bergaul dengan orang-orang yang soleh dalam hidup kita.
Kerana kesolehan mereka bagaikan sumbangan cas untuk iman kita supaya terpengaruh baik seperti mereka juga. Walaupun kita buruk. Walaupun kita jahat. Walaupun kita tidaklah sebaik mana.

November 2011.
Waktu itu, ada Program Qiamullail di universiti. Semasa duduk makan-makan dalam bulatan selepas waktu Subuh, kami bertaaruf sesama sendiri. Walaupun satu universiti, bukan semua orang kita tahu dan kenal. 

Antara ramai-ramai akhawat, saya tertarik hati untuk beramah mesra dengan seseorang yang duduk berhadapan dengan saya. Orangnya murah dengan senyuman. Berwajah lembut. Seperti melihat Nur di wajahnya.

Saya: Sis tinggal di Mahallah mana?
Dia: Saya duduk luar. Tidak tinggal di sini.
Saya: Jadi, datang dengan siapa?
Dia: Dengan suami.
Saya: Eh, sudah berkahwin ke?
Dia: Sudah. Baru juga. Rezeki murah. Sekarang sedang mengandung dua bulan anak yang pertama.
Saya: Alhamdulillah. Tahniah. Muda-muda sudah bernikah. Sejuk hati saya.

Perasaan saya berbunga-bunga. Rasa teruja mengetahui ada pasangan suami isteri yang memanjangkan cinta mereka di rumah Allah. Sudut hati yang paling dalam. Ada rasa cemburu. Entahkan berpeluang atau tidak, saya ini dikejutkan suami untuk sama-sama bersolat malam di masjid.

Melihat dia yang lemah lembut, terdidik, dan bersopan-santun saya dapat membayangkan perwatakan suaminya bagaimana. Pastinya, seorang lelaki hebat. Jodoh yang Allah berikan untuk kita selalunya tidak lari jauh daripada sikap dan perangai kita juga. 

Mereka berdua pastinya sekepala. Sama-sama cintakan Allah melebihi dinginnya malam bermalasan di katil. Kalau tidak masakan mereka suami isteri sanggup bersusah payah datang daripada luar melakukan Qiamullail di masjid ini.

This is sweet. Seriously, bertuahnya dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan lelaki-lelaki gagah,dia sudah ada seseorang yang membawanya jalan menuju rumah Allah. 

Saat diulit cemburu, saya kembali teringat bagaimana kaki saya ini boleh terikat ke tempat ini. Saya kembali tersedar, saya juga bertuah. Masakan tidak. Kerana sejujurnya, saya bukan ahli tegar yang duduk solat di masjid sepenuh waktu. Tidak!

Di atas merupakan pengalaman pertama Subuh di masjid sepanjang saya bergelar sisiwi di universiti ini. Itupun selepas diajak oleh seorang kawan yang solehah. Sudah saya katakan berulang kali, saya bukanlah seorang yang baik maksum. Saya juga pendosa. Banyak khilafnya. Namun, saya bersyukur kerana dikelilingi manusia-manusia baik yang selalu mengingatkan saya pada fitrah beragama dan kenal Pencipta.

Jikalau perempuan tadi mempunyai sorang suami soleh yang mempengaruhinya untuk pergi ke rumah Allah, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya Allah memberikan saya rezeki teman karib yang solehah yang selalu berusaha mengajak saya mendekati dan mencintai masjid.
Juga.

Seandainya iman saya turun, kosong dan lemah, Allah hantarkan dia untuk saya kembali ingat pada-Nya. 

This is sweet too. Alhamdulillah, bertuahnya saya ada seorang sahabat macam dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan sahabat-sahabat yang sudi mengingatkan kita ketika alpa, saya sudah ada seseorang yang sudi menunjukkan saya jalan menuju rumah Allah.
Saya belajar satu perkara.

Kadang-kadang kita terlalu imaginastik mahu mencari seorang lelaki yang soleh untuk dibuat suami supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita jarang sekali mengingatkan diri kita untuk berusaha mencari sekurang-kurangnya seorang kawan yang solehah supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama.

Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom puasa sunat, ataupun mari baca Ma'thurat.

Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?

Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

Hmm. Jawab sambil melepaskan satu nafas panjang. Panjang dan berat.

P/S: Mahu menjadi baik adalah satu proses yang berterusan dan tidak berhenti. Tiada titik akhir selagi kita belum mati.

http://fatinzuaini.blogspot.com/2012/01/dia-ada-suami-soleh-saya-ada-teman.html