Saat rasa menyesal masih bertandang,
namun sukar membuang rasa puas dan menyeronokkan. Bersyukurlah! Kita
masih dalam kerangka mujahadah.
Teruslah menyantuni hati yang suci, ada
kotoran yang sedang mengalir di lembah jiwa, ada racun yang sedang
merebak, kita sangka itulah nikmat dan anugerah, kita sangka itulah
jawapan istikharah, tapi itulah mujahadah yang semakin menebal yang
menuntut hati yang cekal.
Langkah mujahadah langkah yang payah. Tetapi destinasinya sinar yang membahagiakan.
Sesuatu yang didapati dengan susah
payah, lebih manis, mahal, berharga, beerti dari sesuatu yang
mudah-mudah untuk mendapatkannya.
Sesuatu yang sukar untuk ditinggalkan,
apabila berjaya menempuhnya, ia adalah tara iman dan kemanisannya yang
semakin bertambah. Kualiti kehambaan, produk khalifah dan ketulusan hati
dan ilmu yang tinggi.
Sempurnakanlah kehambaan dengan juang
mujahadah ini. Kelak, jihad yang tinggi, agama yang perlu didaulati, dan
kalimah ‘Allah’ yang perlu dirajai menuntut insan yang hatinya tabah.
Dan berdoalah… agar kitalah orang itu.
Jangan memakaikan topeng halal kepada
yang haram, atau ‘boleh’ kepada yang ‘tidak boleh’. Itu tanda mujahadah
tidak ada makna lagi dalam diri. Hati sudah dihantui kegelapan, sudah
terlalu rosak untuk diubati.
Ambillah masa untuk melihat perubahan
itu. Berilah masa untuk melihat hakikat cinta Tuhan yang agung itu.
Ajarlah hati untuk menyingkap rahsia hikmah Tuhan. Didiklah diri untuk
menyantuni taubat, menyayanginya, membuatkan kita merindui untuk
melakukannya berulang kali. Bukan kerana salah yang diulang-ulang, atau
fasik yang datang, atau munafik yang merajai diri, tetapi kerana rindu
merintih, cintakan pertemuan bersama-Nya.
.
Justeru, taubat dan pertemuan kasih dengan Tuhan ini, hendaknya dilakukan berkali-kali.
Kemana hilangnya Dia? Dia tidak kemana,
cuma kita yang menghilangkan diri darinya. Hati kita yang kabur
melihat-Nya. Sedangkan Dia sentiasa menunggu kita.
Setapak kita mendekat, sejengkal Dia datang.
Menyantuni mujahadah, merindui jannah sakinah.
sumber : http://hafizulfaiz.com/?p=562
No comments:
Post a Comment