Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebahagian
besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di
dalam neraka.
Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :
(a)
tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah
(b) tidak memuji Allah Taala atas kemurahan-Nya, apabila dikurniakankan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.
(c) mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah
(d)
membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara yang tidak bermanfaat.
sabar itu merupakan sebahagian daripada iman dan Allah tidak akan
sekali-kali menguji hamba-hambanya melainkan dengan sesuatu yang mampu
untuk dipikulnya.
“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?.
Allah SWT telah memberiku mata supaya aku dapat melihat. Telinga yang
dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan supaya
aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat
berjalan, bagaimana mungkin aku tidak berasa bersyukur.”
Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.”
Surah Saba’ (34:13)
Perkara pertama yang disebut dalam hadis tersebut adalah tentang
kesabaran. Sememangnya kadangkala sukar bagi kita untuk bersabar
tambahan pula apabila terkena musibah yang tidak disangka-sangka seperti
dimarahi rakan, gagal mendapat muaddal yang dikehendaki dan kehilangan
orang yang tersayang. Nauzubillah. Namun kita seharusnya sentiasa
mengingatkan diri bahawa sabar itu merupakan sebahagian daripada iman
dan
Selain itu Rasulullah SAW juga menyebut tentang syukur dan nikmat
yang datang daripada Allah. Sebenarnya, mana yang lebih susah? Bersyukur
ataupun bersabar. Jika kita lihat dengan sekali imbas pastinya ramai
yang berkata bersabar. Namun betulkah bahawa bersabar itu jauh lebih
sukar daripada bersyukur? Mari kita sama-sama menghayati kisah ini.
Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Musa AS.
Pada suatu hari, datang seorang miskin kepada Nabi Musa AS. Dia
meminta supaya Nabi Musa memohon kepada Allah agar dijadikan dirinya
seorang yang kaya. Nabi Allah itu lantas memintanya bersyukur. Si miskin
itu menjawab,
“Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat
makan, dan pakaian yang aku pakai pun hanyalah sepasang sahaja.“.Dia pun
berlalu pergi.
Kemudian datang pula seorang kaya kepada Nabi Musa. Sebaliknya pula,
dia meminta untuk menjadi seorang yang miskin kerana berasa terganggu
dengan kekayaannya itu. Nabi Musa memintanya supaya tidak bersyukur
kepada Allah. Lantas dia menjawab.
“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?.
Allah SWT telah memberiku mata supaya aku dapat melihat. Telinga yang
dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan supaya
aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat
berjalan, bagaimana mungkin aku tidak berasa bersyukur.”Si kaya itu pulang ke rumah.
Dengan izin Allah lelaki yang kaya itu bertambah kaya dan yang miskin
bertambah kemiskinannya. Kisah ini menunjukkan betapa sukarnya untuk
seseorang itu bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Allah berfirman
yang bermaksud:
“Golongan jin itu membuat
untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang
tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar
seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud
untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu
yang bersyukur.”
Surah Saba’ (34:13)
Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan
kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi (nikmatKu) kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu
kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Surah Ibrahim (14:7)
Cara untuk kita bersyukur bukanlah sekadar mengucapkan Alhamdulillah
tetapi ianya lebih daripada itu. Nikmat yang diperoleh hendaklah
digunakan pada cara dan jalan yang betul seperti beribadah, mengamalkan
yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Ujian datang kepada kita
silih berganti namun nikmat yang Allah kurniaakan sentiasa diperoleh.
Sebagai contoh, nikmat oksigen yang amat kita perlukan untuk meneruskan
kehidupan. Setiap saat kita menghirup oksigen, namun setiap sata jugakah
kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah?
bersyukur itu sememangnya lebih sukar berbanding bersabar yang hanya
melibatkan perasaan dan bukannya kerja atau tanggungjawab. Semoga kita
termasuk dalam golongan yang sedikit itu iaitu golongan yang bersyukur.
Sesungguhnya segala nikmat yang diperoleh datangnya daripada Allah dan
tidak seharusnya kita kufur akan nikmat tersebut.
perempuan seringkali dikaitkan dengan sikap yang suka bercakap. Namun semua itu haruslah dielakkan.
Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah berkata
baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada
Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari
dan Muslim )
Semoga kita dapat sama-sama
memperbaiki diri dan bergerak ke arah
menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan diredhai Allah.
InsyaAllah. =)
sumber : http://www.permaijordan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=98:a-moment-with-iman&catid=56:program&Itemid=88&fontstyle=f-smaller